Gilad Shalit

Gilad Shalit (Bahasa Ibrani: גלעד שליט‎, translit. Shalit.ogg, lahir 28 Ogos 1986) ialah seorang askar dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Beliau berasal dari Mitzpe Hila di Galilea Barat, dan memiliki kewarganegaraan ganda Israel dan Perancis.[1] Gilad merupakan tentara Israel pertama yang ditangkap oleh pihak keselamatan Palestin sejak Nachson Wachsman pada 1994.[2]Pada pagi hari Ahad, 25 Jun 2006, Shalit ditangkap oleh pihak Hamas Palestin yang menyerang sebuah pos tentera di Israel setelah melintasi perbatasan Genting Gaza selatan masuk ke Israel melalui sebuah terowong bawah tanah yang mereka gali berdekatan Kerem Shalom. Dalam penyerangan pagi itu, dua tentera Pasukan Pertahanan Israel terbunuh dan empat lainnya tercedera, tidak termasuk Shalit, yang mengalami patah tangan kiri dan luka ringan di bahunya.[3]Pada 2008, kerajaan Israel telah menawarkan pelepasan 450 tahanan Palestin sebagai ganti Gilad Shalit.[4] Akhirnya pada 11 Oktober 2011, dengan pengantara Jerman dan Mesir, Hamas bersetuju membebaskan Gilad dengan pertukaran 1,027 tahanan Palestin di Israel.[5][6] Fasa pertama terjadi pada 18 Oktober, dengan Israel membebaskan 477 tahanan dan Hamas memindahkan Gilad ke Kaherah.[7] Dalam fasa kedua, dijadualkan pada Disember 2011, 550 lagi tahanan akan dilepaskan.[8] Persetujuan ini merupakan antara pertukaran tahanan terbesar yang pernah dibuat Israel, memandangkan ia bersetuju membebaskan 1,027 tahanan untuk seorang askarnya – harga tertinggi pernah dibayar Israel untuk seorang askar.[9]

Rujukan

WikiPedia: Gilad Shalit http://www.news.com.au/ http://www.news.com.au/story/0,10117,20418523-401,... http://www.news.com.au/world/captured-soldier-gila... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601102&si... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/meast/06/26/isra... http://www.haaretz.com/blogs/mess-report/israel-an... http://www.haaretz.com/hasen/spages/733789.html http://www.iht.com/articles/ap/2006/09/07/africa/M... http://ibnlive.in.com/generalnewsfeed/news/israel-... http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?cid=11508858...